SEJARAH KARYA CHARMA UMS
Terkenang-kenang Sejarah...

Sebaik Sahaja pelajar tahun 1 sesi 2007 / 2008 di ‘MSM’ kan oleh pihak UMS.Kumpulan yang dimulakan secara “ suka-suka “ atau kecil-kecilan yang ditubuhkan ..Selepas menjelang beberapa hari minggu di dalam pengajian di UMS , tiada lagi tanggapan kecil- kecilan .. selepas itu adalah sejarah..alhamdulillah E- Voice ( nama asal ) Berjaya Ditubuhkan Berjaya mencipta nama di kolej E dan UMS umumnya..


Dari kiri -- Nordiansyah, Amirul Hafiz, Faiz, Nasir (Program Evening @ E 2008, persembahan pertama kami di khalayak ramai)


Imbasan Kembali......

Sebenarnya Pada tahun 2007 / 2008, kekurangan kumpulan “pelapis nasyid’ UMS di kalangan tahun 1 tidak berapa menonjol bagi masyarakat kampus umumnya.Pelajar tahun 1 2007 /2008 dari kolej kediaman E yang gah besar diduduki oleh beribu-ribu orang..Atas dasar kesedaran dakwah ‘bil-hal’ dan juga untuk meneruskan perjuangan senior-senior yang aktif bernasyid seperti kumpulan UKHUWAH FILLAH..Salah seorang anggota terawal iaitu Saudara Faiz yang juga pernah beberapa kali bersama kumpulan ukhwah Fillah sebelum itu, telah membentuk kumpulan satu kumpulan baru yang pada asalnya dianggotai 4 orang ahli ( Amirul hafiz, Faiz, Nasir dan Nordianshah ) Secara “ default ‘ kumpulan nasyid E-Voice adalah kumpulan nasyid sambilan di kolej kediaman E..dan Akhirnya Mereka memilih untuk menubuhkan Kelab komuniti kumpulan nasyid yang bernama “ E- Voice yang selaras dengan nama kolej kediaman E yang membawa Maksud “ Excellent Voice ( Suara Kejayaan )“





Gambar kenangan bersama kumpulan Ukhwah Fillah di Sek. Keb. Putatan sempena hari kecemerlangan pelajar ( Dari kiri : Akhi Bun , Salleh Ambo , Faiz Kasim , Ijhad )





Masa berlalu...............

tiada yang abadi. Anggota E-Voice telah bertukar. Nasir dan Amirul Hafiz yang mempunyai komitmen gerak kerja kesibukan masing-masing yang lebih penting telah digantikan dengan Adi Izzat dan Effendy Bagi menampung kekuatan
vokal dan persembahan kumpulan E-Voice untuk jemputan persembahan dan pertandingan yang akan disertai. Walaupun Kedua- dua sahabat ini telah keluar dari kumpulan ini tetapi masih lagi membantu dan terus menyokong dibelakang tabir akan perjuangan nasyid yang dibawa oleh E-Voice..

Bermula daripada penubuhan dan penukaran ahli, E-Voice telah menyertai pertandingan yang terawal iaitu Festival Nasyid dan Tilawah Al-Quran yang dianjurkan oleh Kolej Kediaman AB. Pertandingan itu disertai oleh komuniti nasyid yang lain seperti All-Wise ( Kolej Kediaman CD ) , Majlis Perwakilan Pelajar dan juga dari Kolej Kediaman AB sendiri. Alhamdulillah walaupun tidak menjangkakan akan kemenangan bakal diperolehi. E-Voice berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut yang julung-julung kali disertai. Berbekalkan kejuaraan yang diperoleh. E–Voice terus melangkah yakin untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan pihak universiti. Namun masih banyak yang perlu dibaiki dari sudut kekuatan vokal dan persembahan...





Gambar kenangan ketika menjadi juara Festival Nasyid dan Tilawah al-Quran Kolej Kediaman AB. Dari kiri : Nordiansyah, Adi Izzat, Faiz, Altrie, Effendy


Dengan berbekalkan status kejuaraan yang ada..pasukan E-Voice mengorak langkah lagi dengan menerima jemputan dari agensi-agensi luar seperti Sekolah Menengah Teknik Likas, SK Kolombong dan juga Majlis Bersama Ramah Mesra Bersama Amal Rumah Kebajikan KK di Dewan Bankuasi UMS pada september-oktober 2008 dan lain lain lagi.




Gambar kenangan bersama pelajar-pelajar Teknik semasa persembahan di Sek. Men. Teknik Likas sempena Malam Kesenian Islam pada September 2008


MALAM PENGHAYATAN KEMERDEKAAN @ E 2008


bagaikan raja sehari...Persembahan sempena bulan penghayatan kemerdekaan @ E 2008...kali ni dalam team ni Berbeza Sedikit..Penyanyi yang Diimport khas Abang Arif ( Mirwana / Wufi ) dan Abang Amin (Wufi)..mantaplah..otai2 ni Ade..Syukran Jazlillan bro..

SIMFONI RAYA AIDILFITRI 2008 @ KOLEJ AB

Nak Show punye pasal..sungguh2 punye training..yelah nak dakwah melalui lagu kene sampai betul2 seh..time ni adalah performance terakhir Fendi ( berada di tengah ) sebelum keluar dari pasukan nasyid ini juga secara rasmi dan rasmi dari UMS kerana Mendapat tawaran Pekerjaan yang Agak baik Ketika tu.. .time ni Agak kesedihan juga Kerana..berita ini menggemparkan E-Voice dan Juga Sahabat2 lain






Aii??? Bertiga Jer?? Kenangan Bersama JAKMAS2 AB Semasa Selepas Show Simfoni raya @ AB Pada Time2 dekat2 nak Exam Semester 1 2008..hehe...bertiga pun Alhamdulillah..dapat puaskan hati audiens n kami sendiri..Ni lah gambar Kenangan terakhir fendi Bersama E- Voice...Doa kami agar die sentiasa berjuang dalam bidang dakwah dan juga Dunia yang mencabar ni walaupun berada dimana2...





JAMUAN AIDILFITRI 2008 SK Kolombong, Inanam...



Tak ketinggalan Seminggu pastu dapat invitation Sekolah Kebangsaan kolombong jamuan Aidilfitri pada Oktober 2008. Time Ni..Team E- Voice Di Arrange Semula Disebabkan kekurangan Ahli selepas ketiadaan Fendi , Namun perjuangan tetap Diteruskan..malam tu..Sampai bawa 3 Lagu ( Aisya Humaira , Senandung Budi , bicara kata ).. Memang menakjubkan..walaupun x sempat menghabiskan ketiga2 lagu akibat 'Blackout' di sekolah tersebut..

‘PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI’


‘Patah tumbuh hilang berganti’.. itulah satu ungkapan yang dapat diumpakan setiap yang datang , hadir itu Pasti akan berpisah jua Akhirnya...sempena pemergian Fendi ( Gambar ) daripada E-Voice amnya UMS..kumpulan ini telah merasakan kehilangan seseorang sahabat yang sentiasa membantu dimana2 setiap kalinya kumpulan E-Voice akan perform dan Dijemput untuk persembahan..namun..segala Kenangan manis dengan beliau Akan tetap menjadi ingatan bagi ‘KaryaCharma’ dan mendorong untuk kami sentiasa memperbaiki dari semasa ke semasa...” Semoga fendi Berjaya di dalam bidang dan kerjaya yang dipilih dia selepas ini”..Namun E-Voice tetap teruskan perjuangan dengan mencari ahli2 yang baru sebagai pengganti Fendi demi memantapkan Persembahan dan Perjuangan Dakwah melalui nasyid Agar Sampai pada Audiens yang Mendengar.. Charma











0 ulasan:

Catat Ulasan